Assalamualaikum...
Para
Tetamu / Penginap TJ Homestay diminta mematuhi syarat-syarat dan peraturan
berikut :
Check-in
pukul 3.00 petang dan check-out selepas solat zuhur.
Hanya
tetamu MUSLIM yang terdiri daripada kaum keluarga
yang MEMPUNYAI HUBUNGAN MAHRAM sahaja dibenarkan
menginap.
MAKANAN DAN MINUMAN HALAL
sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah.
MINUMAN KERAS/ALCOHOL atau
bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa
seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
MENJAGA KEBERSIHAN di dalam dan
luar rumah. Sila buang sampah/sisa ke dalam bakul atau tong sampah yang
disediakan.
SILA CUCI ATAU BASUH dan
kembalikan ke tempat asal semua peralatan pinggan-mangkuk yang telah anda
gunakan.
MENGGUNAKAN KEMUDAHAN yang
disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan
air-cond jika tidak digunakan.
MELETAKKAN KENDERAAN dengan
berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran.
MENJAGA ADAB-ADAB KEJIRANAN
dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan. Elakkan daripada membuat
bising di larut malam.
JANGAN TINGGALKAN APA JUA BARANG BERHARGA
di dalam rumah. PASTIKAN PINTU GRIL DAN PAGAR DIKUNCI,
samada ketika anda sedang berada di rumah mahupun apabila anda meninggalkan
rumah walaupun untuk seketika. PIHAK PENGURUSAN
tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kejadian atau kehilangan barang
berharga semasa anda menginap.
BILIK AIR ~ Elakkan
daripada membuang sesuatu (terutama TUALA WANITA)
ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan
ke dalam tong sampah yang disediakan.
MOHON KERJASAMA untuk
memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat sebarang kerosakan
peralatan rumah ataupun sebarang “KEJADIAN”
kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay.
Jika
anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun
kembali di tempat asal sebelum anda check-out.
TIDAK DIBENARKAN sama sekali MEROKOK di dalam rumah.
Pengurus
/ tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa jika perlu.
Harap
Maaf. BINATANG PELIHARAAN tidak dibenarkan menginap
bersama.
SILA CALL / SMS SETENGAH JAM
SEBELUM CHECK-OUT. Sila patuhi masa check-out
yang betul. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in, masa check-out
boleh dilanjutkan dengan persetujuan budi bicara.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment